KadCinta
Jemputan kahwin melalui WhatsApp

Kad kahwin digital untuk majlis anda

RSVP, lokasi Waze, salam kaut dan ucapan tetamu dalam satu pautan. Hantar terus kepada tetamu melalui WhatsApp.

Cuba percuma dulu, bayar bila dah siap.

RM0untuk tengok jemputan siap sebelum bayar
Tanpa hadtetamu dalam semua pakej
60 saatvideo jemputan untuk Status WhatsApp

Tiga langkah, semuanya dari telefon

  1. 01

    Pilih templat

    Pilih design yang anda suka. Templat boleh ditukar bila-bila masa tanpa perlu isi semula.

  2. 02

    Isi maklumat majlis

    Nama pengantin, ibu bapa, tarikh, lokasi dan aturcara. Semua yang diisi tersimpan sendiri, jadi boleh sambung esok.

  3. 03

    Tengok, bayar, hantar

    Tengok jemputan penuh dengan nama anda berdua dulu. Bila dah suka, bayar dan hantar pautan kepada tetamu melalui WhatsApp.

Pilih templat untuk majlis anda

Tekan Tengok contoh untuk buka kad penuh, sama macam yang tetamu nampak.

  • Macam buka sampul sebenar

    Tetamu tekan sampul, kad terbuka dan terus nampak nama pengantin, tarikh dan tempat majlis.

  • Setiap tetamu dijemput dengan nama

    Tampal senarai nama dan setiap tetamu dapat pautan sendiri, dengan nama mereka tertulis pada sampul.

  • RSVP dan kiraan tetamu

    Jawapan kehadiran masuk terus ke senarai anda lengkap dengan bilangan orang, jadi senang kira tempahan katering. Ucapan dan doa tetamu pun terkumpul di tempat yang sama.

  • Lokasi Waze dan salam kaut

    Tetamu buka Waze atau Google Maps terus dari jemputan, simpan tarikh dalam kalendar telefon, dan imbas QR DuitNow untuk salam kaut.

  • Video untuk Status WhatsApp

    Jemputan + Video

    Video tegak 60 saat dari kad anda sendiri, lengkap dengan nama, tarikh dan muzik, untuk Status WhatsApp dan Instagram Story.

  • Kartun pengantin dari foto anda

    Lukisan Khas

    Hantar beberapa foto, dan kartun anda berdua dilukis dengan bantuan AI ikut design templat untuk diletak dalam kad. Setiap lukisan kami semak dulu sebelum dipaparkan.

Sekali bayar, jemput seramai mana pun

Setiap pakej dapat tetamu tanpa had. Nak tambah video atau Lukisan Khas kemudian, bayar beza harga sahaja.

  • Jemputan

    Jemputan bergerak lengkap untuk dihantar melalui WhatsApp.

    RM149sekali bayar
    • Semua ciri asas
    • Aktif 3 bulan selepas majlis
    Mula dengan pakej ini
  • Lukisan Khas

    Kartun anda berdua dilukis dari foto dengan bantuan AI, ikut design templat, dan disemak sebelum dipaparkan.

    RM299sekali bayar
    • Semua dalam Jemputan + Video
    • Kartun pengantin dari foto, dalam bahagian kisah dan penutup
    • Latar kisah ikut tempat pertama berjumpa
    • Video guna kartun anda berdua
    • Boleh minta ubah lukisan sehingga 2 kali
    • Aktif 12 bulan selepas majlis
    Mula dengan pakej ini

Semua pakej termasuk

  • Sampul yang terbuka bila ditekan
  • Nama tetamu pada sampul melalui pautan peribadi
  • Tetamu tanpa had
  • Pengesahan kehadiran dan senarai yang boleh dimuat turun
  • Ucapan dan doa tetamu
  • Akaun bank dan QR DuitNow untuk salam kaut
  • Waze, Google Maps dan simpan ke kalendar
  • Kiraan undur ke hari majlis
  • Muzik latar
  • Ubah maklumat bila-bila masa

Harga ini harga penuh, tiada caj tambahan. Bayaran balik penuh dalam 7 hari selepas bayar, asalkan jemputan belum dibuka sampai 20 kali.

Soalan lazim

Tetamu perlu muat turun app?

Tidak. Jemputan dibuka terus dari pautan WhatsApp dalam browser telefon, sama ada Android atau iPhone.

Boleh cuba dulu sebelum bayar?

Boleh. Isi semua maklumat dan tengok jemputan penuh dengan nama sendiri secara percuma. Bayaran hanya diperlukan untuk aktifkan pautan kepada tetamu.

Kalau ada maklumat salah lepas dah hantar kepada tetamu?

Ubah sahaja dari telefon anda. Pautan yang sama terus memaparkan maklumat terbaru, jadi tak perlu hantar semula.

Berapa ramai tetamu boleh dijemput?

Tiada had. Hantar kepada seberapa ramai yang perlu, semua pengesahan kehadiran masuk ke senarai yang sama.

Macam mana nak tahu siapa yang hadir?

Setiap jawapan tetamu masuk ke senarai anda dengan nama, bilangan orang dan ucapan. Senarai boleh dimuat turun dan dibuka dalam Excel.

Bayaran guna apa?

Bayaran dibuat melalui perbankan dalam talian FPX dengan ToyyibPay, dan jemputan terus aktif sebaik sahaja bayaran berjaya.

Video jemputan tu macam mana?

Video tegak 60 saat yang dirakam dari jemputan anda sendiri, lengkap dengan nama, tarikh dan muzik. Ada versi HD untuk simpan dan versi ringan yang sesuai untuk Status WhatsApp. Video termasuk dalam pakej Jemputan + Video dan Lukisan Khas.

Lukisan Khas tu macam mana?

Kartun anda berdua dilukis dari foto dengan bantuan AI dan disemak oleh pasukan kami. Lukisan pertama siap dalam 3 hari bekerja selepas foto dan cerita dihantar, dan boleh minta ubah sehingga 2 kali sebelum ia dipaparkan dalam jemputan.

Jemputan aktif sampai bila?

Pakej Jemputan aktif 3 bulan selepas tarikh majlis, Jemputan + Video 6 bulan, dan Lukisan Khas 12 bulan. Ucapan tetamu boleh dibaca sepanjang tempoh itu. Selepas tamat, jemputan ditutup dan datanya dipadam 30 hari kemudian. Kalau majlis ditunda, ubah tarikh dan tempoh aktif dikira semula ikut tarikh baru.

Majlis di rumah pengantin lelaki pun ada, perlu beli dua?

Satu jemputan untuk satu majlis resepsi, termasuk akad nikah. Untuk majlis bertandang, buat jemputan kedua dengan templat yang sama atau berbeza, dengan bayaran pakej yang berasingan.

Boleh minta bayaran balik?

Boleh, bayaran balik penuh dalam 7 hari selepas bayar, asalkan jemputan belum dibuka sampai 20 kali. Untuk Lukisan Khas, bayaran balik penuh selagi foto belum dihantar untuk dilukis.

Tengok kad anda siap dulu, bayar bila dah puas hati

Cuba buat kad percuma